NEW GOLF TARIFF

img

Kepada pelanggan & ahli kelab yang dihargai,

Bermula 1 September 2023, kadar baharu golf akan dilaksana dan dikuatkuasakan. Kadar baharu ini adalah pelarasan bagi menaikkan kadar green fee, yuran buggy dan kedi.

Pelarasan ini dibuat bertujuan menampung peningkatan kos penyelengaraan padang seperti baja, racun, pasir serta penggantian dan penambahan jentera agar penyelengaraan padang dapat dilakukan dengan sempurna dan memberikan hasil yang terbaik kepada pelanggan dan ahli kelab terutamanya.

Selain itu, bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kepada pengguna buggy, keadaan buggy perlu dipastikan berada pada tahap terbaik serta trek buggy yang rosak perlu dibaik pulih.

Oleh yang demikian, kadar baharu ini boleh dirujuk pada GOLF TARIFF yang disertakan bersama ini.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila hubungi Golf Centre di talian 06-2332003 atau emel ke golf@akcc.com.my.

Sokongan dan kepercayaan anda amat kami hargai. Terima kasih.