IKLAN TENDER: PENGENDALIAN PERKHIDMATAN MAKANAN DAN MINUMAN DI AYER KEROH COUNTRY CLUB
- September 02, 2026
- Announcement
- Admin
Tender adalah dipelawa daripada syarikat pengendali makanan dan minuman yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta mempunyai pengalaman berkaitan untuk mengendalikan perkhidmatan makanan dan minuman di Ayer Keroh Country Club Berhad (AKCCB), Melaka.
Borang dan dokumen tender boleh diperoleh dan dibeli di Pejabat Pengurusan AKCCB mulai 2 September 2026 hingga 24 September 2026, dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, dengan bayaran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Bayaran pembelian dokumen tender tidak akan dikembalikan.
Borang dan dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai serta dikemukakan kepada Pejabat Pengurusan AKCCB selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 25 September 2026.
Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkaitan tender ini boleh diajukan kepada Puan Syeera melalui talian 06-233 2000 sambungan 107.
Pihak AKCCB tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran tender yang dikemukakan.
Terima kasih.
PENGURUS BESAR
AYER KEROH COUNTRY CLUB BERHAD
Tarikh Iklan: 2 September 2026